ADVERTISEMENT

Wan Sharmila Tak Sedar Dirinya Janda

> 21 Jun 2011


Semakin murah rezeki pelakon Wan Sharmila sekarang. Selepas membawa watak Yvonne dengan berkesan dalam drama popular, “Nora Elena”, pelakon cantik ini bakal muncul dengan drama terbaru di slot Lagenda TV3 berjudul, “Sijundai”.

Selain drama, Wan kini sedang berjinak-jinak dengan dunia pengacaraan. Pernah mengendalikan program “Klik-Klik Asean” untuk RTM, janda meletup ini bakal muncul pula dalam sebuah program realiti di RTM, “Pentas Dikir” selaku hos.

“Ini kali pertama saya mengacara program realiti. Selain berlakon, saya juga nak cuba dalam bidang pengacaraan. Saya mencuba nasib dengan pergi ke ujibakat dan tak sangka saya akan terpilih. Difahamkan, saya dijangka akan mengendalikan program ini bersama dengan Nabil,” ujar Wan yang membawa watak utama dalam drama “Sijundai”.

Selepas bercerai dengan penerbit, Fazli Baharom pada tahun 2009, Wan dilihat lebih banyak memfokuskan diri terhadap kerjaya lakonan yang diminatinya. Ekoran terlalu sibuk bekerja, Wan mengakui tidak mempunyai masa untuk mencari pasangan hidup.

“Saya nak juga, tapi masih tak ada dan belum jumpa lagi yang sesuai. Berkawan rapat memang ramai, namun semua teman tapi mesra. Buat masa ini, tunggulah dulu sebab saya pun sibuk bekerja sekarang.

“Namun, ada kalanya saya pernah terfikir untuk kahwin cepat supaya cepat dapat anak. Maklumlah umur saya dah nak masuk 30 tahun, Oktober ini. Tapi bila difikir balik, takut pun ada juga sebab lepas apa yang berlaku, saya agak ragu-ragu sikit untuk memilih calon suami. Saya masih belum berani kerana macam fobia saja,” kata Wan mengakui kadang-kadang terlupa dirinya berstatus janda.

“Saya terlupa kadang-kadang saya ni pernah berkahwin, sebab macam tak ada beza dulu dan sekarang. Tak ada perasaan yang saya ini janda. Tapi jika ada jodoh, saya nak cari suami yang pandai bawa diri saya. Saya tak kisah dia garang atau tidak, asalkan dia pandai bawa saya untuk menjadi seorang wanita yang betul dan baik.

“Saya pun tak kisah kalau dia tua atau lebih muda. Artis pun tak kisah, tapi jika boleh tak payah lah, sebab saya pun tak nak jadi artis lama-lama,” jelas Wan mengenai ciri-ciri suami yang diimpinya.

Apabila ditanya bagaimana hubungan dengan bekas suaminya sekarang, Wan memberitahu, “Saya masih berkawan dengan bekas suami dan dia juga masih solo. Bagi saya, suratan kami berdua hanya untuk menjadi seperti adik dan abang saja,”ujar Wan mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan