ADVERTISEMENT

Fesyen Semasa

KOLEKSI MUSIM SEMI/PANAS 2011 QUIKSILVER & ROXY

> 31 May 2011

Untuk musim semi/panas 2011, Quiksilver and Roxy sekali lagi menampilkan satu koleksi yang berwarna-warni.

Melihat pada koleksi Quiksilver, beberapa rekaan klasik telah diberi nafas baru dengan rona yang lebih berani dan penambahan beberapa perincian. Namun ia masih mengekalkan identiti Quiksilver.

Sementara siri Cypher memperkenalkan satu ciri canggih iaitu 'the 4-Way Stretch Diamond Dobby'. Fabrik ini menjanjikan para pemakainya tidak akan mengalami ruam dan mempunyai kelebihan 'quick dry'.

Untuk Roxy pula, musim ini memberi fokus pada kategori 'signature' seperti berenang, 'boardshorts', selipar 'flip flop' dan ‘the little beach dress’.

Corak yang ditampilkan bukan saja kaya dengan warisan tetapi warnanya yang gelap dan berani memberikannya satu elemen 'twist' yang moden dan berbeza.

Koleksi terbaru musim semi dan panas ini boleh didapati di semua rangkaian Quiksilver & Roxy.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan