ADVERTISEMENT

2 Malaysia malls top list of world's top 10 shopping mall, as renked by Emporis

Date : 05 May 2012

Emporis, the global building database, is  out with a new list that ranks the world's ten largest shopping malls by gross leaseable area. The biggies, it turns out, are almost all in Asia. The Mall of America doesn't even make the list. The only North American mega-mall, according to Emporis, is the West  Edmonton Mall in Canada.
1 Utama Shopping Centre in Selangor, is the 4th largest malls in the world.

Interior in Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. It is the 6th largest malls in the world.

Source News : Emporis.com & Chicago Tribune News | Source Picture : retailtrafficmag.com
Koala semakin pupus di Australia

Anda suka koala, maskot Australia yang comel itu? Berita buruk bagi anda kerana Koala kini di ambanng kepupusan.

Haiwan herbivor, koala, disenaraikan sebagai spesis terancam selepas bilangannya semakin berkurangan berikutan kemusnahan habitatnya dan juga perubahan iklim kawasan setempat.


Beberapa kajian di Sydney menunjukkan, bilangan haiwan itu kini kurang 80,000 ekor, turun 75 peratus sejak 1993.

Menteri Alam Sekitar Australia, Tony Burke menjangka, habitat koala di Queensland, tenggara Australia berada dalam keadaan 'terancam' manakala haiwan itu yang berada di timur New South Wales pula terdedah kepada kepupusan.

Ketua Eksekutif Yayasan Koala Australia, Deborah Tabart memberitahu Australia Broadcasting Corp, Burke sudah membayangkan bahawa beliau tidak mampu untuk menyelamatkan koala di habitat tersebut.

Sementara itu, pakar ekologi, David Paull yang menjalankan penyelidikan di sebuah lagi habitat koala, Gunnedah, kira-kira 400 kilometer di barat laut Australia menyatakan, kepupusan habitat tersebut berpunca daripada kemarau dan cuaca panas yang berlaku sejak sedekad lalu.

"Banyak koala mengalami kekurangan air dan saya fikir ia petanda awal kepada perubahan iklim.

"Koala di kawasan-kawasan lain di Australia juga hilang habitat, berpunca daripada pembangunan perumahan, kemalangan jalan raya dan juga serangan anjing,'' ujar Paull.


Source News : zonfiniti.blogspot.com Source Picture : National Geographic | Date 30 April 2012
Gadis melayu berkahwin dengan anak bekas PM Australia di Gereja St James, Sydney




Akhbar Telegraph melaporkan Nick Rudd, 25, anak bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd berkahwin dengan gadis Melayu bernama Zara Shafruddin. Pasangan itu dilaporkan bertukar-tukar ikrar di Gereja St James di King St Sydney.

Kevin Rudd, isterinya Therese Rein, dan anak perempuan mereka, Jessica mengumumkan berita gembira itu di Twitter.

Majlis perkahwinan itu telah dihadiri oleh kawan rapat dan keluarga pasangan itu. Selepas upacara di gereja itu, pasangan itu telah dibawa ke Catalina, Rose Bay untuk majlis resepsi. - DCM/Telegraph

Tapi apa yang pasti di belakang namanya ada nama Islam - Shafruddin. Masih tak pasti apa makna Shafruddin dalam Bahasa Melayu, tapi "din" itu sendiri bermaksud "agama". Bila nama membawa maksud "agama" (Islam) tapi berkahwin dalam gereja,  apa maknanya tu??

Mungkin juga Zara Shafruddin itu bukan orang Melayu, sebab di Australia sendiri ramai emigran bukan saja dari Malaysia, tapi dari negara-negara Islam lain...

Nicholas Rudd

Nicholas Rudd
Kevin Rudd (kanan) dan isteri Therese Rein (kiri)
 
Source News : 95% from duniacacamarba.blogspot.com & 5% from mycuteshoppe.blogspot.com Source Picture : Daily Telegraph | Date : 21 April 2012

Bersih 3.0: Astro tapis berita BBC


Sudahlah media arus perdana disekat. Berita dari British Broadcasting News (BBC) turut ditapis di Astro.

Dalam erti kata lain, tidak ada media yang boleh bebas di Malaysia. Inilah realitinya. Lihatlah video perbezaan berita sebenar dengan berita yang ditapis oleh Astro.

Bukankah pepatah Merlayu lama pernah berkata, "berani kerana benar dan takut kerana salah."


Source News : azmieyusoff.blogspot.com | Source Video : YouTube | Date : 30 April 2012

Kisah ngeri layanan polis terhadap peserta



Seorang dengan mata lebam, seorang lagi dengan mata berdarah dan ada juga mengalami lebam di dahi serta kesan tapak kasut di belakangnya...

Individu berkenaan, antaranya turut mengalami cedera parah, tampil dalam sidang media semalam dengan dakwaan bahawa mereka dipukul polis ketika menyertai perhimpunan BERSIH 3.0, Sabtu lalu di ibu negara.
Berikut merupakan kenyataan ringkas peserta terbabit yang telah disunting.

NONEAlex Lee, 27, mengalami kecederaan di mata kanan dan telinga kirinya, selain lebam di bahagian badan.

Pada kira-kira 7.30 petang, saya berada di restoran mamak untuk makan malam bersama kira-kira tujuh atau lapan orang kawan. Kira-kira sepuluh orang anggota polis masuk dan mengancam untuk menahan kami kerana memakai kemeja-T berwarna kuning.

Mereka tidak memakai tanda pengenalan diri. Mereka menyuruh kami membuka kemeja-T berkenaan kerana perkara itu menyalahi undang-undang.

Mereka tanya jika saya sedang makan di situ. Saya bertanya kembali jika itu menjadi masalah. Kemudian mereka mula memukul saya. Mereka hanya melepaskan saya selepas saya menanggalkan kemeja-T saya.

NONEFazwan Yusof, 23, mengalami kecederaan di kedua-dua matanya dan lebam di pipi kanannya.

Saya berada di Masjid Jamek pada kira-kira jam 7 petang apabila polis memberitahu kami supaya bersurai. Ketika berada stesen LRT untuk mendapatkan tren, saya dan tiga orang rakan melihat seorang wanita sedang ditendang, jadi kami melarikan diri.

Polis berkenaan mengejar dan menangkap kami. Kami digari dan dipukul di lorong berhampiran stesen LRT.

Nurul Armani, 28, mengalami lebam di bahagian belakang dan bahu kiri.

Saya berada bertentangan dengan stesen LRT Masjid Jamek pada kira-kira 5.30 petang dan cuba melarikan diri daripada gas pemedih mata. Saya memakai kemeja-T kelabu.

Kira-kira 10 orang polis menarik rambut saya dan menendang saya, jadi saya jerit "polis ganas." Seorang pegawai polis menampar saya dan menyuruh saya diam sebelum mengarahkan seorang pegawai wanita menahan saya.

NONEAdrian Low, 38, mengalami kecederaan di bahagian muka dan leher, hilang penglihatan buat sementara waktu di bahagian mata kanan dan juga terdapat kesan tapak kasut di belakangnya.

Saya berada di bahu jalan di Jalan Tun Perak pada anggaran 6 prtang. Saya cuba menghantar mesej teks kepada rakan-rakan apabila polis menyerbu ke arah peserta perhimpunan di Masjid Jamek.

Seorang pegawai polis tampil dan memberitahu bahawa saya ditahan. Saya bertanya apakah dakwaan kesalahan, namun beliau tidak mahu menyatakannya. Saya tidak mahu melawan jadi saya hanya mengikut beliau.

Kemudian sekumpulan polis menyerang saya. Mereka memukul dan menolak saya ke tanah dan terus menendang kepala dan leher saya. Tindakan itu berlarutan untuk beberapa minit.

Telefon bimbit saya jatuh ke tanah ketika saya dipukul dan kini hilang.

Mereka mengheret saya ke Dataran Merdeka dan ketika perjalanan itu, polis lain tiba dan menumbuk dan menendang saya.

Source News : Malaysia KiniDate : 30 April 2012
Polis tembak gas pemedih mata, meriam air kala penunjuk perasaan merempuh benteng



KUALA LUMPUR, 28 April — Polis telah melepaskan meriam air serta gas pemedih mata ke atas penunjuk perasaan yang merempuh benteng di depan Dewan Perbandaran Kuala Lumpur (DBKL) menuju ke Dataran Merdeka, mengakibatkan suasana huru-hara.
Beberapa peserta rombongan 15,000 orang dipimpin Azmin Ali telah merempuh benteng untuk bergerak ke arah Dataran bersejarah itu, menyebabkan pihak polis telah menembak air mengandungi bahan kima serta bejana gas pemedih mata.
Air ditembak polis sejauh premis DBKL berhampiran Jalan Parliment, dan dengan tembakan itu, orang ramai di Dataran lari bertempiaran dengan adanya perserta ditahan.
Polis kini terus bergerak melalui Jalan Tun Perak dan menembak gas pemedih mata ke rombongan di Masjid Jamek.
Arahan telah dikeluarkan kepada polis untuk tidak terus menembak meriam air dan gas pemedih mata ke arah orang ramai.
Pemerhati daripada aktivis LoyarBurok berkata, “gas pemedih mata ditembak tanpa member amaran, berterusan dan jauh ke dalam khalayak orang ramai”.
Orang ramai di Lebuh Pasar Besar kini telah menolak banteng dan lebih kurang 30 polis yang memegang baton, perisai dan memakai topeng gas telah menghalang pergerakan mereka ke Dataran Merdeka.
FRU kemudian melepaskan meriam air dan gas pemedih mata setelah orang ramai enggan bersurai.
Pemimpin Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dan pemimpin pembangkang lain termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dihalang perjalanan mereka oleh trak polis berhampiran kompleks membeli-belah Sogo.
Trak itu telah berpusing ke arah Dataran Merdeka dan kumpulan itu kini bergerak sepanjang Jalan Raja Laut ke Dataran.
Source News : Malaysia InsiderDate : 28 April 2012

Malaysia braces for electoral reform rally


Hundreds of police and civilian security officers have been deployed in the Malaysian capital Kuala Lumpur, where protesters began to gather hours before a scheduled mass rally calling for electoral reforms.
Supporters of the Coalition for Free and Fair Elections gathered in an open park in central Kuala Lumpur for Friday's demonstration.
The Kuala Lumpur city government on Friday cordoned off the park after securing a court order to prevent the protest.
Protesters have said they will march to the barricades and demand access but vowed to remain peaceful.
"We will march to the barrier," said Ambiga Sreenivasan, chairwoman of Bersih, an electotal reform pressure group.
Al Jazeera's Harry Fawcett reporting from Kuala Lumpur says: "Already we are hearing that thousands are near Independence Square, there will be a significant turnout."
"The police say they will intervene if people defy the order and cross into the square," said our correspondent.

Public backlashThe mass rally follows one crushed by police last July, when 1,600 people were arrested, and marks a major test for Prime Minister Najib Razak ahead of widely expected elections.
Malaysian authorities sealed off Independence Square on Friday ahead of the sit-in [AFP]
Last July's rally for clean elections brought tens of thousands to the streets of the capital, prompting a police crackdown with tear gas and water cannon.
A resulting backlash prompted Najib to set up a parliamentary panel whose eventual report suggested a range of changes to the electoral system.
But Bersih and the opposition are demanding a complete overhaul of a voter roll considered fraudulent and reform of an Election Commission they say is biased in favour of the ruling coalition.
The rally is a direct challenge to Najib, who since last year's crackdown, has launched a campaign to repeal authoritarian laws in a bid to create what he called "the greatest democracy".
His ruling coalition has governed Malaysia for more than five decades but made a dismal showing against the opposition in 2008, and Najib is under pressure to improve on that.
Elections are not due until next year but speculation is rife that Najib could call them as early as June.

Source News : Al JazeeraDate : 30 April 2012