Koleksi Musim Bunga / Panas Daripada UNIQLO

Sempena kedatangan musim bunga / panas tahun ini, jenama pakaian kasual nombor satu Jepun, UNIQLO, tidak ketinggalan membawakan koleksi pakaian yang sesuai digayakan oleh semua golongan umur. Kali ini UNIQLO mempersembahkan pakaian kasual yang membawa makna baru apabila rekaan segar bergabung dengan rekaan sederhana dan canggih.
Jika anda seorang yang gemarkan pakaian kurang menonjol, koleksi terbaru ini memang sesuai kerana ia menampilkan warna-warna lembut dengan pendekatan kontemporari bagi mencipta kepelbagaian. Untuk gambaran lebih jelas, Koleksi Musim Bunga / Panas UNIQLO berpegang kepada empat konsep iaitu utility, romantic, preppy dan clean.
Utility memberikan suntikan segar dengan menyelaraskan gaya safari dan militari. Sementara romantic membawakan koleksi yang menonjolkan ciri-ciri feminin seperti blaus dan kardigan dengan motif bunga. Konsep preppy yang mula kembali tahun ini pula terdiri daripada pakaian dengan warna-warna pucat di mana putih mendominasi. Konsep terakhir, clean, memberi peluang untuk anda menyuai-padan seluar kargo dan jeans dengan t-shirt dan jaket bergaya rapi.
Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan koleksi terbaru UNIQLO ini sebelum kehabisan stok. UNIQLO kini bukan sahaja boleh dikunjungi di Fahrenheit 88, tetapi anda juga boleh ke Concourse Level, KLCC. Cawangan terbaru UNIQLO ini mula dibuka kepada orang ramai bermula 6 Mei lalu.
Sempena pembukaan cawangan terbaru itu, satu parti pra-pembukaan telah diadakan baru-baru ini dengan dihadiri oleh barisan media dan selebriti tanahair. Acara kemuncak pada petang itu menyaksikan pertunjukkan fesyen daripada 10 selebriti terpilih yang terdiri daripada Alex Yoong (pelumba Formula 1 negara), Deborah Henry (Miss Universe Malaysia 2011), Dennis Lau (Pemain Violin), Yasmin Hani (pelakon dan pengacara), Datuk Dr Sheikh Muszaphar (Angkasawan pertama negara), Noh (Vokalis dan gitar utama Hujan), Stacy AF (juara Akademi Fantasia Musim ke 6), Angie Ng (Model of the Year 2010), Josiah Ng (pemenang pingat emas Sukan Komanwel Pertama) dan Ella (Ratu Rock Malaysia).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan